Dayakan E-dagang WordPress dengan Kart Beli-Belah WordPress

e-commerce shopping cart
Laman web
WordPress anda
Bersedia untuk menjual di gedung atas talian Ecwid anda

Tambah gedung atas talian di laman WordPress anda Mulakan

  • Tetapkan dalam Beberapa Minit

    Ecwid mengintegrasikan melalui pasang masuk ke laman WordPress anda yang sedia ada secara lancar dan sempurna — reka bentuk anda dikekalkan dan tidak memerlukan sebarang pengaturcaraan. Tambah gedung anda ke seberapa banyak laman tambahan yang anda inginkan dan urus laman-laman ini dari satu tempat. Sebarang perubahan yang anda buat dicerminkan dengan segera merentas semua laman anda.

  • Jual di mana-mana sahaja

    Jual di laman web, telefon mudah alih, laman sosial dan pasaran seperti Google Beli-belah, Amazon dan Shopping.com. Ecwid berintegrasi dengan rangkaian-rangkaian sosial termasuk Facebook dan Tumblr. Gedung Ecwid anda kelihatan sempurna pada mana-mana telefon bimbit dan menyesuai pada skrin pelanggan anda.

Pasang Masuk Kart Beli-belah E-Dagang WordPress yang Hebat

  • Tambah kart beli-belah WordPress ciri penuh dan percuma ke laman web WordPress.org yang anda hoskan, dalam beberapa minit dengan Ecwid. Perkembangkan jualan anda dengan pantas melalui pasang masuk e-dagang WordPress Ecwid, iaitu suatu penyelesaian yang menyeluruh dan mudah bagi perniagaan anda. Kart beli-belah Ecwid berintegrasi ke dalam laman WordPress anda secara lancar dan sempurna, menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah bagi pelanggan anda dan pengurusan yang senang sekali bagi anda.

    Mudah sahaja untuk memulakan kart beli-belah WordPress Ecwid yang revolusioner dan tidak memerlukan sebarang pengetahuan HTML. Setelah anda mendaftar diri untuk akaun Ecwid yang percuma, beberapa langkah mudah sahaja diperlukan untuk memasang pasang masuk e-dagang WordPress kami. Sebaik sahaja akaun diaktifkan, anda akan memperoleh akses ke gedung atas talian WordPress anda dan anda boleh mula membuat tetapan untuk menjual produk anda di gedung anda.

    Apabila anda membuat kart beli-belah WordPress dengan Ecwid, anda akan memperoleh akses ke kumpulan ciri yang kaya sekali, yang akan meningkatkan pengalaman beli-belah pelanggan anda serta keupayaan anda mengurus jualan anda. Gedung WordPress atas talian anda akan beroperasi dengan cepat dan lancar dengan antara muka AJAX kami yang pantas seperti kilat dan pelayan EC2 Amazon yang dioptimumkan serta didedikasikan untuk Gedung WordPress, ihsan daripada Ecwid. Anda turut akan dapat mengurus inventori dan promosi anda dengan mudah, pelbagai kaedah pembayaran serta cara penghantaran untuk dipilih, dan banyak lagi.

  • Selain itu, untuk pelanggan antarabangsa, Ecwid menawarkan kemudahan terjemahan bahasa terbina dalam dengan pilihan bahasa yang meluas dan masih berkembang untuk proses bahagian belakang dan juga etalase anda. Dengan pasang masuk e-dagang WordPress Ecwid, anda akan dapat mengawal banyak fungsi untuk gedung atas talian anda dengan mudah sekali.

    Kad beli-belah WordPress Ecwid direka bentuk untuk dipaparkan pada pelayar web dan juga peranti mudah alih secara optimum di samping boleh diintegrasikan sepenuhnya ke dalam halaman media sosial anda. Walau bagaimanapun, jika anda ingin memperibadikan rupa etalase anda, anda boleh mengubah rupanya dengan mudah menggunakan beberapa templat CSS pra-takrif atau membuat ciptaan anda sendiri. Anda turut boleh mencipta navigasi gedung anda sendiri pada laman WordPress anda dengan menentukan kategori yang berlainan di halaman yang berasingan. Selain itu, jika anda ingin mengembangkan perniagaan anda, seni bina widget kami yang unik membolehkan gedung atas talian WordPress anda disegerakkan merentas laman web anda yang lain, halaman blog atau Facebook, semuanya boleh diurus daripada satu panel kawalan melalui Ecwid.

    Maksimumkan potensi perniagaan anda dengan kart beli-belah WordPress Ecwid yang percuma. Di samping itu, kami turut menawarkan pelbagai pelan berbayar yang menampilkan ciri-ciri premium tambahan apabila perniagaan anda berkembang dan anda ingin mengembangkan jualan anda. Pasang masuk e-dagang WordPress Ecwid boleh ditetapkan dalam beberapa minit, mudah diurus dan dapat diintegrasikan dengan laman WordPress anda yang sedia ada secara lancar.

    Untuk maklumat teknikal yang lebih lanjut, sila lawati Pangkalan Pengetahuan WordPress kami.

Tambah gedung atas talian di laman WordPress anda

Maklumat mengenai Kart Beli-belah E-dagang WordPress daripada Pangkalan Pengetahuan kami