Tambahkan Kart Beli-belah E-dagang Wix pada Laman Anda

ecommerce shopping cart
Laman web anda
di Wix
Bersedia untuk menjual di gedung atas talian Ecwid anda

Tambahkan gedung atas talian pada laman web Wix anda di Malaysia Mulakan

  • Tetapkan dalam Beberapa Minit

    Ecwid mengintegrasikan laman web anda yang sedia ada secara lancar dan sempurna — reka bentuk laman web anda dikekalkan dan tidak memerlukan sebarang pengaturcaraan. Tambahkan gedung anda pada seberapa banyak laman yang anda inginkan dan uruskan laman-laman ini dari satu tempat. Sebarang perubahan yang anda buat dicerminkan dengan segera merentas semua laman anda.

  • Jual di mana-mana sahaja

    Jual bukan setakat di Malaysia malah di banyak tempat lagi! Jual kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui laman web, telefon mudah alih, laman sosial dan pasaran seperti Google Beli-belah, Amazon dan Shopping.com. Ecwid berintegrasi dengan rangkaian-rangkaian sosial termasuk Facebook dan Tumblr. Gedung Ecwid anda kelihatan sempurna pada mana-mana telefon pintar dan menyesuai pada skrin pelanggan anda.

Platform e-dagang yang lasak

  • Anda telah mereka bentuk laman web yang menakjubkan. Sekarang tambahkan kemudahan e-dagang dengan kart beli-belah Wix Ecwid berciri penuh dan percuma. Modul gedung Wix Ecwid diintegrasikan pada laman web anda yang sedia ada, menawarkan penyelesaian e-dagang Wix yang pantas dan boleh diperibadikan, tanpa sebarang caj penetapan atau yuran transaksi. Dengan beberapa langkah mudah sahaja anda boleh mula menjual produk melalui laman web anda dengan memasang aplikasi gedung atas talian Wix Ecwid rasmi dari Pasaran Apl Wix (Wix Market App) atau dengan menggunakan kod widget yang mudah.

    Dengan Ecwid, potensi e-dagang Wix anda dapat dirangsangkan dengan serta-merta dan memberi anda kawalan penuh ke atas perniagaan atas talian anda sepenuhnya. Kart beli-belah Wix Ecwid menawarkan banyak ciri kemudahan membeli-belah yang berguna bagi pelanggan anda dan memudahkan pengurusan produk bagi anda. Gedung atas talian Wix anda akan beroperasi dengan cepat dan lancar dengan antara muka AJAX kami yang pantas seperti kilat. Anda turut akan dapat mengurus inventori dan promosi anda dengan mudah di samping pelbagai kaedah pembayaran, cukai dan penyelesaian penghantaran untuk dipilih. Anda juga boleh memperibadikan penampilan gedung anda dengan menggunakan lebih daripada 50 jenis terjemahan bahasa etalase terbina dalam, menawarkan promosi dan banyak lagi, pada masa yang sama menarik pelanggan untuk membeli-belah di laman web anda. Ecwid turut menawarkan kepada anda keupayaan menyegerakkan gedung atas talian Wix anda dengan lancar merentas halaman Facebook, laman web dan laman mudah alih anda, yang semua ini boleh diuruskan dari satu panel kawalan.

  • Pemasangan apl e-dagang Wix Ecwid melibatkan beberapa langkah mudah dan ringkas sahaja. Selepas mendaftarkan akaun Ecwid secara percuma, log masuk ke editor HTML Wix anda, lawati halaman Pasaran Apl dan cari aplikasi kart beli-belah Wix Ecwid. Apabila anda menambahkan gedung atas talian Wix Ecwid percuma pada laman anda, halaman “gedung atas talian” akan dibuat secara automatik dan anda boleh menambahkan serta memperibadikan widget anda dari situ. Sebaik sahaja anda mendaftarkan akaun Ecwid anda, anda boleh mula menggantikan produk demo yang digunakan sebagai ruang letak pada halaman anda dengan produk dan keterangan anda sendiri. Sekarang, anda boleh mula memperibadikan penampilan dan kefungsian kart beli-belah Wix anda serta mengurus semua ciri komprehensif Ecwid dari satu panel kawalan.

    Ecwid membenarkan anda mengawal pengalaman e-dagang Wix anda sepenuhnya, membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda serta mengurus laman web mengikut kehendak anda. Kart beli-belah Wix Ecwid sentiasa menawarkan versi beraneka ciri dan percuma, namun kami turut menyediakan rangkaian pelan berbayar yang menawarkan ciri-ciri premium tambahan. Gedung Wix anda turut menerima kemas kini dan penambahbaikan berterusan yang akan diintegrasikan sejajar dengan pengalaman Ecwid anda secara automatik. Apl e-dagang Wix revolusi Ecwid boleh ditetapkan dalam beberapa minit, mudah diuruskan dan dapat diintegrasikan secara lancar pada laman web Wix anda yang sedia ada.

Tambahkan gedung atas talian pada laman web Wix anda di Malaysia