Tambahkan Kart Beli-belah E-dagang Joomla pada Laman Anda

e-commerce shopping cart
Laman web anda
di Joomla
Bersedia untuk menjual produk di gedung atas talian Ecwid anda

Tambahkan gedung atas talian pada laman Joomla anda di Malaysia Mulakan

  • Tetapkan dalam Beberapa Minit

    Ecwid mengintegrasikan laman web anda yang sedia ada secara lancar dan sempurna di Malaysia — reka bentuk laman web anda dikekalkan dan tidak memerlukan sebarang pengaturcaraan. Tambahkan gedung anda pada sebanyak laman yang anda inginkan dan uruskan laman-laman ini dari satu tempat. Sebarang perubahan yang anda buat dicerminkan dengan segera merentas semua laman anda.

  • Jual di mana-mana sahaja

    Jual di Malaysia atau mana-mana sahaja di seluruh dunia melalui laman web, telefon mudah alih, laman sosial dan pasaran seperti Google Beli-belah, Amazon dan Shopping.com. Ecwid berintegrasi dengan rangkaian-rangkaian sosial termasuk Facebook dan Tumblr. Gedung Ecwid anda kelihatan sempurna pada mana-mana telefon pintar dan menyesuai pada skrin pelanggan anda.

Platform e-dagang yang lasak

  • Dengan sambungan kart beli-belah Joomla Ecwid yang percuma dan berciri penuh, anda dapat menambahkan kefungsian e-dagang Joomla pada laman web anda dengan pantas dan mudah. Gedung Joomla Ecwid adalah berbeza dan lebih komprehensif berbanding pilihan e-dagang Joomla yang lain kerana kemudahan e-dagang ini akan disepadukan pada laman web semasa anda, menyediakan naik taraf ciri yang lancar dan sempurna serta beroperasi pada kadar kelajuan yang sangat pantas tidak kira tempat anda mengehos laman tersebut atau bilangan pelawat yang anda terima. Anda telah membina dan melancarkan laman web yang menarik. Sekarang mari kembangkan perniagaan anda secara eksponen dengan kart beli-belah Joomla Ecwid serba boleh yang boleh diperibadikan.

    Beberapa langkah mudah sahaja diperlukan untuk memasang sambungan e-dagang Joomla daripada Ecwid. Sebaik sahaja anda menyediakan akaun Ecwid percuma, cuma muat turun sambungan “Ecwid” percuma, tetapkan sambungan tersebut di latar belakang laman web dan anda bersedia untuk menggunakan kart beli-belah Joomla anda. Anda boleh juga memasang sambungan e-dagang Joomla secara manual jika anda mahu dan menambahkan modul bar sisi untuk memperibadikan penampilan gedung Joomla anda. Sambungan e-dagang Joomla Ecwid direka bentuk secara lalai untuk paparan optimum pada semua pelayar web dan peranti mudah alih. Namun, anda boleh memperibadikan gedung atas talian Joomla anda menggunakan CSS. Sambungan e-dagang Joomla anda daripada Ecwid dilengkapi dengan banyak ciri berguna yang lebih canggih berbanding sambungan kart beli-belah Joomla yang lain.

  • Gedung Joomla anda akan beroperasi dengan cepat dan lancar pada laman web anda dengan antara muka AJAX kami yang pantas seperti kilat dan pelayan EC2 Amazon yang khusus serta dioptimumkan, ihsan daripada Ecwid. Kelebihan unik gedung atas talian Joomla dengan Ecwid yang lain termasuk pengurusan katalog dan data yang komprehensif, penyelesaian penghantaran dan pembayaran yang fleksibel, reka letak yang boleh diperibadikan serta pilihan interaksi pelanggan lanjutan. Kart beli-belah Joomla anda kerap dikemas kini dengan lancar. Anda tidak perlu menyediakan sebarang pengekodan, tampalan atau apa-apa yang lain. Jika anda bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan anda, kart beli-belah Joomla Ecwid dapat disegerakkan dengan mudah merentas laman web, blok atau halaman Facebook anda yang lain. Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan e-dagang Joomla anda, semua ciri ini boleh diuruskan dengan mudah dari satu tempat: panel kawalan Ecwid anda.

    Tingkatkan potensi perniagaan anda dengan widget e-dagang Joomla Ecwid percuma. Selain daripada versi percuma, kami turut menyediakan pelbagai pelan berbayar yang menawarkan ciri-ciri premium tambahan sekiranya perniagaan anda memerlukan sokongan lanjutan. Anda akan memanfaatkan pengalaman e-dagang lebih komprehensif yang termasuk ciri-ciri lanjutan untuk perniagaan anda yang tidak akan anda temui di tempat lain. Sambungan e-dagang Joomla revolusi Ecwid boleh ditetapkan dalam beberapa minit, mudah diuruskan dan dapat diintegrasikan secara lancar pada laman Joomla anda yang sedia ada.

Tambahkan gedung atas talian pada laman Joomla anda di Malaysia

Maklumat berkenaan dengan Kart Beli-belah E-dagang Joomla daripada Pangkalan Pengetahuan kami