Tambahkan Kart Beli-belah E-dagang Drupal pada Laman Anda

ecommerce shopping cart
Laman web anda
di Drupal
Bersedia untuk menjual produk di gedung atas talian Ecwid anda

Tambahkan gedung atas talian pada laman Drupal anda Mulakan

  • Tetapkan dalam Beberapa Minit

    Ecwid mengintegrasikan laman web anda yang sedia ada secara lancar dan sempurna — reka bentuk laman web anda dikekalkan dan tidak memerlukan sebarang pengaturcaraan. Tambahkan gedung anda pada seberapa banyak laman yang anda inginkan dan uruskan laman-laman ini dari satu tempat. Sebarang perubahan yang anda buat dicerminkan dengan segera merentas semua laman anda.

  • Jual di mana-mana sahaja

    Jual di Malaysia dan di seluruh dunia melalui laman web, telefon mudah alih, laman sosial dan pasaran seperti Google Beli-belah, Amazon dan Shopping.com. Ecwid berintegrasi dengan rangkaian-rangkaian sosial termasuk Facebook dan Tumblr. Gedung Ecwid anda kelihatan sempurna pada mana-mana telefon pintar dan menyesuai pada skrin pelanggan anda.

Platform e-dagang yang lasak

  • Kembangkan dan tingkatkan potensi e-dagang Drupal anda dengan menambahkan kart beli-belah pada laman web anda dengan pantas dan mudah melalui Ecwid. Modul gedung Drupal Ecwid diintegrasikan pada laman web anda yang sedia ada, menawarkan penyelesaian e-dagang Drupal yang pantas dan boleh diperibadikan, tanpa sebarang caj penetapan atau yuran transaksi. Anda telah membina dan mereka bentuk laman web yang menarik untuk perniagaan, blog atau komuniti anda. Kini anda boleh menambahkan kart beli-belah Drupal Ecwid beraneka ciri serta percuma pada laman anda melalui beberapa langkah mudah dan mula menjual produk anda dalam beberapa minit.

    Modul e-dagang Drupal Ecwid menawarkan kumpulan ciri kemudahan membeli-belah yang berguna bagi pelanggan anda dan melancarkan serta meringkaskan pengurusan produk bagi anda. Ecwid menawarkan kepada anda penyelesaian e-dagang Drupel Malaysia yang dilengkapi dengan antara muka AJAX yang pantas seperti kilat, pengurusan inventori dan data yang komprehensif, kaedah pembayaran serta penyelesaian penghantaran yang fleksibel, reka letak yang boleh diperibadikan dan pilihan interaksi pelanggan lanjutan. Kart beli-belah Drupal Ecwid turut boleh dipantulkan pada beberapa laman secara serentak, termasuk halaman Facebook dan boleh diuruskan dengan mudah dari satu panel kawalan. Direka bentuk untuk paparan optimum pada pelayar web dan peranti mudah alih, gedung Drupal anda akan membantu memperkemaskan jualan serta meningkatkan pengalaman beli-belah pelanggan anda pada keseluruhannya.

  • Pemasangan modul e-dagang Drupal Ecwid adalah begitu mudah dan tidak memerlukan pengetahuan lebih dahulu tentang pengekodan. Setelah anda mendaftarkan diri untuk Akaun Ecwid, yang sentiasa ditawarkan secara percuma, anda cuma perlu memasang modul kart beli-belah Drupal Ecwid. Dengan beberapa langkah mudah dan asas, Gedung Drupal anda akan didayakan dan bersedia untuk berurus niaga. Kart beli-belah Ecwid direka bentuk untuk diintegrasikan pada laman web anda yang sedia ada di samping dapat diperibadikan mengikut keperluan anda yang khusus. Selain itu, untuk pelanggan antarabangsa, Ecwid menawarkan kemudahan terjemahan bahasa terbina dalam dengan pilihan bahasa yang meluas dan masih berkembang untuk proses bahagian belakang dan juga etalase anda. Dengan penyelesaian e-dagang Drupal Ecwid, anda akan dapat mengawal banyak fungsi gedung atas talian anda dengan mudah sekali.

    Tiada cara yang lebih mudah untuk mendayakan kemudahan e-dagang Drupal di Malaysia dan mengembangkan perniagaan anda daripada menggunakan modul kart beli-belah Ecwid. Selain daripada versi percuma kami, Ecwid turut menyediakan pelan berbayar yang menawarkan ciri-ciri premium tambahan sekiranya anda ingin mengembangkan lagi perniagaan anda. Modul e-dagang Drupal juga menerima kemas kini dan penambahbaikan berterusan yang akan diintegrasikan sejajar dengan pengalaman Ecwid anda secara automatik. Modul e-dagang Drupal revolusi Ecwid boleh dipasang dalam beberapa minit, diuruskan secara intuitif dan diintegrasikan secara lancar pada laman web anda yang sedia ada.

Tambahkan gedung atas talian pada laman Drupal anda

Maklumat berkenaan dengan Kart Beli-belah E-dagang Drupal daripada Pangkalan Pengetahuan kami