Tambahkan Kart Beli-belah E-dagang Adobe Muse pada Laman Anda

ecommerce shopping cart
Laman web anda
di Adobe Muse
Bersedia untuk menjual produk di gedung atas talian Ecwid anda

Tambahkan gedung atas talian pada laman Adobe Muse anda di Malaysia Mulakan

  • Tetapkan dalam Beberapa Minit

    Ecwid mengintegrasikan melalui pasang masuk ke laman Adobe Muse anda yang sedia ada secara lancar dan sempurna — reka bentuk anda dikekalkan dan tidak memerlukan sebarang pengaturcaraan. Tambahkan gedung anda ke seberapa banyak laman tambahan yang anda inginkan dan uruskan laman-laman ini dari satu tempat. Sebarang perubahan yang anda buat dicerminkan dengan segera merentas semua laman anda.

  • Jual di mana-mana sahaja

    Jual di Malaysia dan di seluruh dunia melalui laman web, telefon mudah alih, laman sosial dan pasaran seperti Google Beli-belah, Amazon dan Shopping.com. Ecwid berintegrasi dengan rangkaian-rangkaian sosial termasuk Facebook dan Tumblr. Gedung Ecwid anda kelihatan sempurna pada mana-mana telefon pintar dan menyesuai pada skrin pelanggan anda.

Platform e-dagang yang lasak

  • Melalui beberapa langkah mudah, anda boleh menambahkan kefungsian e-dagang pada laman web anda menggunakan kart beli-belah Adobe Muse Ecwid percuma dan beraneka ciri. Mengintegrasikan secara lancar gedung Adobe Muse atas talian yang mesra pengguna, pantas dan berkesan pada laman anda yang direka dengan begitu menarik tanpa melibatkan sebarang kod. Memandangkan Adobe Muse tidak menawarkan pilihan e-dagang pada masa ini, anda boleh merangsang pertumbuhan perniagaan anda, mengambil kesempatan penuh keupayaan e-dagang Adobe Muse Ecwid dan mula menjual produk anda dalam beberapa minit.

    Kart beli-belah Adobe Muse Ecwid menawarkan beraneka ciri, mempermudahkan dan mempercepatkan proses membeli-belah bagi pelanggan anda serta mengurus gedung anda dengan begitu berkesan dan intuitif bagi anda. Penyelesaian e-dagang percuma Adobe Muse Ecwid dilengkapi dengan antara muka AJAX yang pantas seperti kilat, menawarkan fungsi seret dan lepas, kaedah pembayaran serta penyelesaian penghantaran yang fleksibel, reka letak yang boleh diperibadikan dan pilihan interaksi pelanggan lanjutan. Selain itu, untuk pelanggan antarabangsa, Ecwid menawarkan kemudahan terjemahan bahasa terbina dalam dengan pilihan bahasa yang meluas dan masih berkembang untuk proses bahagian belakang dan juga gedung Adobe Muse anda. Kami sentiasa menawarkan ciri-ciri dan penambahbaikan baharu yang akan diintegrasikan secara automatik dan lancar ke dalam pengalaman Ecwid anda.

  • Pemasangan kart beli-belah Adobe Muse adalah mudah dan tidak memerlukan pengetahuan lebih dahulu tentang pengekodan. Mula-mula, daftar untuk Akaun Ecwid baharu. Kemudian muat turun Pasang tambah E-dagang Adobe yang disediakan oleh MuseThemes.com dan cari fail tersebut dalam folder muat turun anda. Klik dua kali fail tersebut akan melancarkan pustaka dalam Muse dan widget e-dagang akan tersedia untuk diseret ke dalam kanvas reka bentuk. Setelah anda menetapkan kart beli-belah Muse anda, ciri ini boleh disegerakkan dengan mana-mana laman web atau akaun media sosial lain yang anda miliki, seterusnya dapat diuruskan dengan mudah dari satu panel kawalan melalui Ecwid.

    Ecwid sentiasa menawarkan versi kart beli-belah Adobe Muse secara percuma tetapi apabila perniagaan anda berkembang lagi, kami turut menyediakan pelbagai pilihan pelan berbayar yang menawarkan ciri-ciri premium tambahan. Gedung e-dagang Adobe Muse revolusi Ecwid boleh disediakan dalam beberapa minit, mudah diuruskan dan dapat diintegrasikan secara lancar pada laman Adobe Muse anda yang sedia ada atau baharu. Tiada cara yang lebih mudah untuk mendayakan e-dagang Adobe Muse dan mengembangkan perniagaan anda daripada melalui Ecwid.

    Tiada Adobe Muse? Tiada masalah. Layari gedung atas talian kami untuk Tumblr, WordPress dan banyak lagi.

Tambahkan gedung atas talian pada laman Adobe Muse anda di Malaysia

Maklumat berkenaan dengan Kart Beli-belah E-dagang Adobe Muse daripada Pangkalan Pengetahuan kami